X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 01 Disember 2021

[LAPORAN LANGSUNG] Ismail Sabri sah Perdana Menteri kesembilan

A
A

[LAPORAN LANGSUNG] RAKYAT Malaysia akan memberi tumpuan kepada perbincangan khas Raja-Raja Melayu yang dijadualkan berlangsung pada jam 2.30 petang Jumaat di Istana Negara bagi membincangkan isu semasa termasuk calon Perdana Menteri kesembilan.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sendiri akan mempengerusikan perbincangan tersebut seperti mana dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan.

Perbincangan khas berkaitan kemelut politik semasa negara itu merupakan kali kedua diadakan di bawah pemerintahan Seri Paduka Baginda berikutan peletakan jawatan dua Perdana Menteri yang hilang sokongan majoriti.

Pada 28 Februari 2020, Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat khas di Istana Negara berhubung tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatannya pada 24 Februari.

Raja-Raja Melayu juga pernah mengadakan perbincangan khas pada 25 Oktober 2020 dan menolak pengisytiharan darurat kerana merasakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika itu berjaya menangani wabak Covid-19 dengan berkesan.

Pada 16 Jun 2021, sekali lagi perbincangan diadakan mengenai isu kesihatan dan politik negara sebelum membuat ketetapan tiada keperluan untuk meletakkan negara di bawah pemerintahan darurat selepas 1 Ogos 2021

Pada perbincangan khas kali ini pula, ia diadakan susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri kelapan pada 16 Ogos lalu yang hilang majoriti apabila terdapat ahli Parlimen UMNO yang menarik sokongan terhadapnya.


Ikuti perkembangan menerusi laporan langsung kami:


5pm - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bekenan berkenan melantik Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan.

Naib Presiden UMNO itu mendapat sokongan majoriti 114 ahli Dewan Rakyat berdasarkan surat akaun yang diterima Seri Paduka Baginda.

Artikel Penuh :


4,20pm - Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara hari ini bagi membincangkan isu semasa termasuk pelantikan Perdana Menteri baharu selesai selepas hampir dua jam bersidang.


4.15pm - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan enggan memberi komen mengenai Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang dikatakan ditawar jawatan Perdana Menteri mewakili parti itu sebanyak dua kali dalam tempoh terdekat ini.

Ahli Parlimen Pontian itu turut meminta maaf kerana tidak memberikan komen mengenai isu terbabit.

Artikel Penuh :


2.35pm - Kenderaan rasmi Sultan Perak Sultan Nazrin Shah tiba di Istana Negara pada 2.35pm.


2.23pm - Kenderaan rasmi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tiba di Istana Negara pada pukul 2.23pm


2.10pm - Kenderaan rasmi Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah tiba di Istana Negara pada pukul 2.10pm.


1.56pm - Kenderaan rasmi yang membawa Pemangku Sultan Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. memasuki pintu 1 Istana Negara pada jam 1.56 petang.


1.pm - Bakal Perdana Menteri yang disebut-sebut, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meletakkan segala ketentuannya kepada ALLAH SWT.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Ismail Sabri memuat naik gambarnya yang berada di dalam bas ketika dalam perjalanan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Khamis.

"Bismillahirrahmanirrahim, kepada ALLAH SWT kita berserah," katanya pada Jumaat.

Artikel Penuh :


12.55pm - Sokongan ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) dalam menamakan seorang calon Perdana Menteri disifatkan bertentangan dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar berkata, ini kerana tindakan 50 ahli Parlimen PN itu yang menamakan ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri adalah sokongan bersyarat.

Artikel Penuh :


12pm - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memenuhi semua kriteria untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri ke-9.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berpandangan demikian dengan bersandarkan pengalaman yang dimiliki oleh Ismail Sabri yang banyak membantu memimpin negara.

Artikel Penuh :


Istana Negara
Istana Negara


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!