Dos tunggal pertama, CanSino tiba di Malaysia

Sebanyak 200,000 dos CanSino tiba di KLIA pada pagi Jumaat menerusi penerbangan MAS Kargo dengan pesawat MH361 dari Beijing, China. - Foto MOSTI
Sebanyak 200,000 dos CanSino tiba di KLIA pada pagi Jumaat menerusi penerbangan MAS Kargo dengan pesawat MH361 dari Beijing, China. - Foto MOSTI
A
A
A

PUTRAJAYA - Buat pertama kalinya, sebanyak 200,000 dos CanSino tiba di negara ini pada Jumaat menerusi penerbangan MAS Kargo dengan pesawat MH361 dari Beijing, China sebelum tiba jam 7.50 pagi di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

Turut hadir bagi menyambut ketibaan CanSino adalah Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Mohd Shafiq Abdullah dan Ketua Setiausaha Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut mengumumkan ketibaan CanSino menerusi laman Twitternya.

Vaksin dos tunggal itu berbentuk 'finished product' diterima sebahagian daripada 3.5 juta dos vaksin CanSino yang telah ditempah oleh Malaysia dengan penghantaran secara berperingkat.

CanSino dibekalkan boleh CanSino Biologics, China manakala Solution Biologics adalah pemegang pendaftaran produk bagi CanSino di negara ini.

Vaksin CanSino telah mendapat kelulusan penggunaan bersyarat untuk kegunaan kecemasan oleh Pihak Berkuasa Bekalan Dadah (PKBD) pada 15 Jun lalu.

Bekalan tersebut dijangka akan memperhebatkan lagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) terutamanya di kawasan yang rendah akses.

Ia seterusnya membantu Malaysia mencapai sasaran imuniti kelompok seperti yang disasarkan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) mengikut garis masa yang ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

Sehingga kini, tiga jenis vaksin digunakan dalam PICK iaitu Cominarty (Pfizer BioNTech), CoronaVac (Sinovac) dan AstraZeneca.

Selain CanSino, vaksin Johnson & Johnson turut telah mendapat kelulusan bersyarat.