Sultan Selangor berkenan terima menghadap Naib Canselor UPM baharu

Sultan Sharafuddin (tengah) bergambar bersama-sama Tengku Amir Shah (kiri) dan Mohd Roslan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam di sini pada Khamis.
Sultan Sharafuddin (tengah) bergambar bersama-sama Tengku Amir Shah (kiri) dan Mohd Roslan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam di sini pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) yang baharu, Profesor Dr Mohd Roslan Sulaiman di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam di sini pada Khamis.

Selangor Royal Office dalam satu kenyataannya memaklumkan, pelantikan Mohd Roslan berkuat kuasa 1 September 2020 sehingga 2023.

"Baginda yang juga Canselor UPM diberi taklimat ringkas mengenai visi dan hala tuju universiti itu khususnya dalam aspek pemerkasaan bidang penyelidikan dan juga sektor pertanian berteknologi tinggi," kata kenyataan itu melalui status dimuat naik di Facebook Selangor Royal Office pada Khamis.

Kenyataan itu memberitahu, turut berangkat pada pertemuan itu ialah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Artikel Berkaitan: