X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 21 Mei 2022

'Empat kementerian penting perlu diberi nafas baharu'

Ong Kian Ming
A
A

KUALA LUMPUR - Dengan pelantikan Perdana Menteri baharu yang akan membentuk kabinet baharu nanti, Dr Ong Kian Ming mengharapkan berlaku perubahan yang lebih baik dalam kepimpinan kerajaan.

Ahli Parlimen Bangi itu mahu melihat empat kementerian utama diberi nafas baharu supaya mampu berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan serta menjadi teras yang menggerakkan pemulihan negara.

“Pertama, Kementerian Kesihatan. Saya rasa sebulat suara kita perlukan Menteri Kesihatan yang baharu, yang berprestasi jauh lebih baik.

“Nombor dua, saya rasa, Menteri Kewangan adalah seorang yang memainkan peranan cukup penting. Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz telah memainkan peranan yang cukup penting.

"Tetapi sekarang kita perlukan seorang yang mempunyai ‘big picture’, berani tampil ke hadapan untuk belanja duit dengan betul.

“Ketiga adalah Menteri Pendidikan. Kerana, sudah hampir dua tahun anak-anak kita tak pergi ke sekolah secara bersemuka. Jadi, perlu ada banyak perancangan untuk memberikan pelajar peluang untuk ‘catch up’," katanya kepada Astro Awani pada Khamis.

Selain itu, kata Ong, perlu seorang menteri baru yang menerajui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

"Walaupun sekarang mendapat tekanan yang besar dan imej juga telah diburukkan akibat beberapa perkara yang dilakukan, tidak semuanya salah mereka.

"Mungkin ada persefahaman yang tidak begitu baik antara kabinet.

“Jadi, saya harap juga di MITI ada seorang yang baharu untuk memperkasakan imej dan menyelamatkan industri kita daripada apa yang telah berlaku sebelum ini," tambahnya.

Beliau menyedari mungkin orang lain ada pendapat yang berbeza, tetapi menurutnya, yang tersebut adalah empat tonggak penting kerajaan yang memerlukan kepimpinan yang teguh serta visi menyelamatkan negara.

Ong berkata demikian dalam program Agenda Awani dihoskan oleh Nazri Kahar pada Khamis. - Awani


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!