Jangan berkumpul di lokasi kejadian kepala air: Polis

Orang awam berkumpul di kawasan Chalet Alang Kenari yang dibadai fenomena kepala air.
Orang awam berkumpul di kawasan Chalet Alang Kenari yang dibadai fenomena kepala air.
A
A
A

YAN - Orang awam dinasihatkan tidak berkumpul di kawasan yang dilanda fenomena kepala air.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, polis menerima aduan bahawa ramai penduduk berkumpul di lokasi bencana itu.

"Jadi, kami hantar pasukan untuk menyuraikan penduduk berkumpul di kawasan kejadian kepala air.

"Tindakan menyuraikan perhimpunan penduduk turut dibantu Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Jabatan Penerangan Malaysia.

"Setakat ini, kami menyuraikan dan akan pantau dari masa ke masa. Sekiranya ada penduduk masih berdegil, tindakan akan diambil," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan di sini pada Khamis.

Dalam perkembangan sama, Shahnaz berkata, pihaknya dengan kekuatan seramai 18 pegawai dan 22 anggota membuat rondaan di kawasan terjejas untuk memastikan tahap keselamatan penduduk terjamin.

"Selain itu, saya nasihatkan penduduk di kawasan berpotensi mengambil langkah awal dan bersedia seperti meletakkan dokumen penting di tempat tinggi," katanya.

Artikel Berkaitan: