X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Dakwaan kuari punca banjir tidak masuk akal: MB Kedah

Muhammad Sanusi
A
A

YAN - Dakwaan kuari bijih besi berdekatan Pusat Rekreasi Tupah di Merbok di sini antara punca banjir kilat melanda penempatan penduduk di sekitar kawasan Gunung Jerai adalah tidak masuk akal.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kewujudan kuari bijih besi itu tidak ada kena-mengena dengan bencana berlaku di kawasan Gunung Jerai.

Beliau menjelaskan, aliran air yang melimpah ke penempatan penduduk adalah datang dari puncak gunung terbabit.

"Aliran air datang dari puncak gunung iaitu dari atas, sementara kuari pula berada di kawasan bawah.

"Sekiranya kuari yang didakwa menjadi sumber air melimpah, saya rasa tidak masuk akal sebab air datang dari atas," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bayaran faedah Perkeso kepada waris mangsa fenomena kepala air di Kampung Sedaka di sini pada Rabu.

Muhammad Sanusi berkata, kejadian yang mengorbankan penduduk, Sharuzi Mohammad, 54, itu melibatkan air dari puncak gunung tersebut.

Tegas beliau, tiada apa-apa aktiviti kuari berlaku di bahagian atas gunung berkenaan.

Oleh itu, katanya, beliau tidak tahu bagaimana sesetengah pihak mengaitkan perkara itu dengan fenomena kepala air.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!