SIC umum pembatalan GP Malaysia 2021

Perlumbaan MotoGP Malaysia 2021, dibatalkan.
Perlumbaan MotoGP Malaysia 2021, dibatalkan.
A
A
A

LITAR Antarabangsa Sepang (SIC) menerusi satu kenyataan media pada Khamis mengumumkan bahawa penganjuran Grand Prix (GP) Motosikal (MotoGP) Malaysia 2021 yang dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang mulai 22 hingga 24 Oktober depan, dibatalkan.

Menurut kenyataan media itu lagi, sebelum ini pihak SIC turut membatalkan sesi ujian rasmi bagi MotoGP di litar berkenaan pada Februari lalu.

Bagaimanapun, di sebalik pembatalan berkenaan, pihak SIC terus optimis untuk menganjurkan perlumbaan beprestij berkenaan di Sepang, berdasarkan jadual pada kalendar musim 2022 kelak.

Menerusi kenyataan media berkenaan juga, pihak SIC mengucapkan terima kasih kepada pihak Dorna Sports S.L, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pihak berkuasa tempatan, rakan-rakan kongsi serta kesemua peminat sukan permotoran di negara ini atas sokongan berterusan yang diberikan kepada SIC selama ini.

Artikel Berkaitan: