Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit susut 10.29 mata

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

BURSA Malaysia ditutup dalam lingkungan negatif pada Khamis berikutan perkembangan politik semasa, dan turut seiring dengan prestasi bursa-bursa serantau.

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran turun 10.29 mata atau 0.67 peratus untuk berakhir pada 1,514.95 daripada 1,525.24 ketika penutupan Rabu.

Indeks utama itu dibuka 0.56 mata lebih rendah pada 1,524.68 sebelum bergerak di antara 1,513.78 dengan 1,524.68 sepanjang dagangan pada Khamis.

Pasaran keseluruhannya suram dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 634 berbanding 334, manakala 451 kaunter tidak berubah, 779 kaunter tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 3.3 bilion unit bernilai RM1.99 bilion daripada 3.83 bilion unit bernilai RM2.2 bilion yang dicatatkan pada Rabu.

Di peringkat rantau, Indeks Straits Times Singapura turun 1.42 peratus kepada 3,081.08; Indeks Hang Seng Hong Kong merosot 2.13 peratus kepada 25,316.33 dan Nikkei 225 Jepun kurang 1.1 peratus kepada 27,281.17.

Saham berwajaran tinggi di Bursa Malaysia, Maybank turun lima sen kepada RM8.09, Public Bank susut tiga sen kepada RM3.91, Petronas Chemicals dan Hong Leong Bank masing-masing menguncup dua sen kepada RM7.97 dan RM18.30, Press Metal merosot 14 sen kepada RM4.91 manakala Digi kurang tiga sen kepada RM4.25.

Bagaimanapun, Tenaga Nasional naik satu sen kepada RM9.90 dan IHH Healthcare tidak berubah pada RM5.79.

Artikel Berkaitan:

Antara saham aktif, Avillion naik satu sen kepada 20 sen, My E.G. melonjak 17 sen kepada RM1.82, Destini menokok 1.5 sen kepada 18 sen, Advance Synergy kurang 2.5 sen kepada 17 sen sementara Dagang Nexchange dan Kanger masing-masing susut setengah sen kepada 74 sen dan 5.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 73.66 mata kepada 11,074.30; Indeks FBMT 100 menguncup 73.57 mata kepada 10,790.68; Indeks FBM Emas Syariah turun 81.41 mata kepada 12,181.34; FBM 70 merosot 100.04 mata kepada 14,527.31 dan FBM ACE kurang 1.83 mata kepada 7,110.16.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan turun 20.36 mata kepada 6,373.50, Indeks Perkhidmatan Kewangan kurang 62.33 mata kepada 14,796.70 manakala Indeks Barangan dan Perkhidmatan Industri menguncup 1.73 mata kepada 188.87.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama sebanyak 2.22 bilion saham bernilai RM1.69 bilion berbanding dengan 2.70 bilion saham bernilai RM1.83 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran melonjak kepada 291.83 juta unit bernilai RM53.03 juta daripada 181.58 juta unit bernilai RM340.70 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE pula susut kepada 771.37 juta saham bernilai RM242.86 juta daripada 917.01 juta saham bernilai RM340.70 juta pada Rabu.

Barangan dan perkhidmatan pengguna menyumbang 718.05 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, barangan dan perkhidmatan industri (605.88 juta), pembinaan (67.86 juta), teknologi (350.48 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (49.24 juta), hartanah (109.33 juta), perladangan (56.96 juta), REIT (58.82 juta), dana tertutup (38,000), tenaga (139.45 juta), penjagaan kesihatan (43.38 juta), telekomunikasi dan media (27.23 juta), pengangkutan dan logistik (39.67 juta) serta utiliti (1.45 juta). - Bernama