JMG hantar pasukan Task Force Bencana Geologi

Keadaan sungai yang di penuhi dengan kayu balak di Taman Rekreasi Titi Hayun selepas banjir kilat susulan kejadian kepala air di kaki Gunung Jerai di Titi Hayun Yan hari ini. -Foto Bernama
Keadaan sungai yang di penuhi dengan kayu balak di Taman Rekreasi Titi Hayun selepas banjir kilat susulan kejadian kepala air di kaki Gunung Jerai di Titi Hayun Yan hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) menghantar pasukan Task Force Bencana Geologi untuk membuat penilaian risiko runtuhan di sekitar tapak Gunung Jerai di Kedah berikutan fenomena kepala air yang mengakibatkan kejadian banjir kilat.

Ketua Pengarahnya, Hisamuddin Termidi berkata, penilaian itu berdasarkan pemerhatian geologi khususnya taburan bongkah-bongkah batuan yang tidak stabil di lereng bukit sepanjang jalan naik ke puncak gunung tersebut.

Beliau berkata, tindakan tersebut bagi memastikan agensi tindak balas dapat melakukan kerja-kerja menyelamat dan pembersihan tapak.

“JMG akan membuat penilaian keselamatan dan pengurusan bencana melalui pemetaan dan penandaan Zon Bahaya serta Zon Kawalan di kawasan yang terjejas bencana.

“Pemantauan secara berterusan menggunakan dron akan dilaksanakan secara bersepadu bersama agensi teknikal lain,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sementara itu, Hisamuddin berkata, orang ramai yang berada di kawasan berisiko dinasihatkan supaya peka dan bersiap siaga dengan keadaan sekeliling terutama ketika hujan berterusan dan terdapat tanda-tanda awal berlakunya ancaman tanah runtuh.

Katanya, JMG akan membantu pihak berkuasa negeri dan agensi tindak balas berhubung aspek kepakaran teknikal berkaitan penilaian risiko dan tahap keselamatan.

“Pelaksanaan ini bagi mengelakkan kehilangan nyawa dan meminimumkan kerosakan harta benda akibat kesan bencana geologi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pandangan dari jauh Air Terjun Seri Perigi, yang terletak di Gunung Jerai. -Foto Bernama
Pandangan dari jauh Air Terjun Seri Perigi, yang terletak di Gunung Jerai. -Foto Bernama