97 sekolah pondok, pusat tahfiz berdaftar di Pahang

Wan Rosdy ketika berucap pada majlis perasmian Program Nadwah pondok dan tahfiz Pahang anjuran Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (Kuipsas) secara maya pada Khamis.
Wan Rosdy ketika berucap pada majlis perasmian Program Nadwah pondok dan tahfiz Pahang anjuran Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (Kuipsas) secara maya pada Khamis.
A
A
A

KUANTAN - Sebanyak 97 sekolah pondok dan pusat tahfiz di Pahang telah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) setakat Mac tahun ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, rekod pendaftaran institusi pendidikan berasaskan agama itu menunjukkan berlaku peningkatan sebanyak 21 buah membabitkan sekolah pondok dan pusat tahfiz.

"Pada tahun lalu, sebanyak 15 sekolah pondok dan 61 pusat tahfiz telah berdaftar manakala tahun ini terdapat sebanyak 19 sekolah pondok serta 78 pusat tahfiz di seluruh Pahang.

"Pendaftaran sekolah agama dan pusat tahfiz ini memudahkan urusan pemantauan dan agihan bantuan kepada mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Nadwah Pondok dan Tahfiz Pahang anjuran Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (Kuipsas) secara maya pada Khamis.

Wan Rosdy menjelaskan Kerajaan Pahang sentiasa cakna dengan kepentingan pengajian agama Islam termasuk sekolah pondok dan pusat tahfiz.

"Kita tidak mahu melihat sekolah-sekolah ini (pondok dan pusat tahfiz) dipandang sebagai sekolah yang serba daif atau ketinggalan zaman.

"Jadi, kerajaan akan berusaha memastikan sekolah pondok dan pusat tahfiz mendapat pendedahan berkualiti dengan peningkatan fasiliti secara berperingkat-peringkat," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Wan Rosdy mahu semua institusi pendidikan agama terbabit sentiasa mengekalkan ketulenan pengajian agama seperti mana awal penubuhannya.

Mengulas lanjut mengenai program anjuran Kuipsas itu, Wan Rosdy berkata, Kerajaan Pahang sentiasa mengalu-alukan program-program seumpama itu kerana ia adalah satu platform bertukar-tukar ilmu dan pengalaman.