Fama sedia beli hasil cili bara Mohd Sofian

No Image Caption
A
A
A

KUANTAN - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Pahang bersedia membeli semua hasil cili Bara F1 milik seorang pengusaha cili fertigasi di Kampung Cempaka bagi mengelak kerugian.

Menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat Fama Negeri, usaha membantu memasarkan hasil pertanian susulan cili bara F1 yang diusahakan Mohd Sofian Abdul Wahid, 49, tidak dapat dijual susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

"Pusat Khidmat Pemasaran Fama Kuantan bersedia membeli hasil beliau pada apa sahaja kuantiti yang ada mengikut gred.

"Difahamkan sebelum ini, Mohd Sofian pernah menjual hasil itu kepada pihak kita sebanyak tujuh kilogram (kg) pada harga RM11," kata kenyataan itu pada Khamis.

Sinar Ahad melaporkan rungutan Mohd Sofian yang kerugikan hampir RM200 sehari selepas 10kg cili bara F1 yang ditanam diatas tanah seluas 0.8 hektar tidak dapat dipasarkan.

Dia menyuarakan kebimbangan itu apabila cili bara F1 sudah dituai dua kali tidak dapat dipasarkan susulan pandemik Covid-19 sekali gus merencatkan proses penjualan kepada pelanggan.

Dalam pada itu, Mohd Sofian juga dinasihatkan mendaftar di bawah Program Ladang Kontrak untuk memudahkan pemantauan pasaran hasil daripada pihaknya.

Kenyataan itu menjelaskan, sekiranya pendaftaran terbabit dilakukan, ia akan memudahkan pihak Fama untuk memantau pasaran hasil.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: PKP: Petani bimbang 10kg cili Bara tidak terjual sehari