Kadar jangka pendek ditutup stabil

Foto 123RF
Foto 123RF
A
A
A

KADAR antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM31.94 bilion daripada RM32.74 bilion pada pagi ini, manakala dana Islam susut kepada RM13.80 bilion daripada RM20.68 bilion sebelumnya.

Hari ini, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional, tender Qard lelongan julat tempoh matang Islam (iRMA), dan tender repo.

Pada jam 4 petang, bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM31.4 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM13.8 bilion, kedua-duanya bagi wang satu hari.

BNM juga turut menyemak semula tender semalaman konvensional daripada RM31.0 bilion kepada RM31.4 bilion.

Kadar faedah purata semalaman Islam berada pada 1.72 peratus, sementara kadar satu, dua dan tiga minggu masing-masing berada pada 1.77 peratus, 1.81 peratus, dan 1.85 peratus. -Bernama

Artikel Berkaitan: