X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

Banjir: Harta benda musnah akibat fenomena kepala air

Kebanyakan mangsa ditempatkan di PPS SMK Agama Yan telah pulang ke rumah masing-masing.
A
A

YAN - Banjir kilat akibat fenomena kepala air di puncak Gunung Jerai, di sini, pada Rabu mengakibatkan kerugian besar kepada beberapa penduduk terlibat.

Mohd Nazri Anas Aziz, 28, berkata, harta bendanya habis musnah setelah rumahnya di Kampung Seberang Pekan dilanda bencana itu.

Katanya, dia tidak sempat menyelamatkan motosikal dan barangan elektrik seperti mesin basuh serta peti ais kerana tidak berada di rumah ketika kejadian.

"Saya terkejut apabila menerima panggilan daripada rakan memaklumkan rumah dinaiki air sebelum bergegas pulang untuk menyelamatkan barangan.

"Bagaimanapun, saya dan isteri, Nor Fatihah Othman, 26, tersangkut di tengah jalan akibat beberapa laluan tidak boleh dilalui kerana dinaiki air," katanya ketika ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Yan di sini, pada Khamis.

Katanya, dia sedih dan terkilan kerana tidak berpeluang menyelamatkan barangan kecuali televisyen yang kebetulan berada di tempat tinggi apabila pulang ke rumah pada jam 11 malam.

"Ini dugaan besar kepada kami sekeluarga memandangkan saya tidak dapat bekerja di kedai aluminium seperti biasa berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kehilangan pendapatan sejak beberapa bulan lepas," katanya.

Tambahnya, dia kini buntu memikirkan nasibnya dan belum tahu apa yang perlu dilakukan untuk kembali memulakan kehidupan selepas dilanda ujian itu.

Mohd Nazri antara 60 mangsa ditempatkan di PPS SMK Agama Yan selepas kediaman mereka dinaiki banjir kilat akibat fenomena kepala air pada Khamis.

Bagaimanapun, mangsa lain yang ditempatkan PPS Agama Yan pulang untuk membersihkan rumah masing-masing yang dipenuhi lumpur.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!