Ambil serius penggubalan akta pembiayaan politik

Tangkap layar Shamshun Baharin dalam Wawancara Eksklusif Siri 2 yang disiarkan secara langsung di Facebook MACC.FM pada Khamis.
Tangkap layar Shamshun Baharin dalam Wawancara Eksklusif Siri 2 yang disiarkan secara langsung di Facebook MACC.FM pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Penggubal undang-undang di negara ini perlu memberi perhatian serius terhadap penggubalan akta pembiayaan politik untuk mencegah ahli politik terlibat rasuah dan salah guna kuasa.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata, perkara itu telah dibincangkan pada tahun 2010 namun ia masih belum dilaksanakan sehingga sekarang.

Menurutnya, pelaksanaan akta tersebut akan mewajibkan ahli-ahli politik mendedahkan perincian pemberi derma atau sumbangan serta cara dana itu dibelanjakan.

“Contoh di Amerika Syarikat dan Indonesia, apabila ada pilihan raya presiden, syarikat atau individu beri sumbangan kepada mana-mana parti yang bertanding perlu beritahu kepada umum.

“Ini merupakan langkah yang boleh menunjukkan ketelusan. Pada masa sama, sumbangan untuk parti kepada parti bukan akaun individu,” katanya dalam Wawancara Eksklusif Siri 2 yang disiarkan secara langsung di Facebook MACC.FM,pada Khamis.

Mengulas lanjut, Shamshun Baharin berkata, SPRM turut mencadangkan akta khusus yang mewajibkan semua ahli Parlimen membuat pengisytiharan harta supaya mereka lebih telus dan bertanggungjawab.

Kata beliau, sekiranya wujud akta tersebut, individu yang tidak mengisytiharkan harta boleh dipantau dan diambil tindakan undang-undang.

“Apa yang ada sekarang cuma persetujuan saja di mana kita akan paparkan dalam portal selama 3 bulan dari tarikh diterima dan kemudian senaraikan nama. Tapi kita tidak ada nilai aset.

Artikel Berkaitan:

“Buat masa ini kalau mereka tidak isytiharkan (harta), tidak boleh buat apa-apa kerana tugas SPRM adalah sebagai penyimpan kepada perisytiharan harta yang dibuat sahaja.

“Setakat ini, negeri yang mematuhi saranan kerajaan pusat hanya Johor dan Perak. Di Johor 55 daripada 56 orang buat perisytiharan manakala di Perak seramai 30 daripada 59 orang,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mengesyorkan peruntukan 'misconduct in public office' di mana penjawat awam yang menyebabkan kerugian kerajaan boleh diambil tindakan undang-undang dan dianggap sebagai tindakan jenayah.

“Daripada 225 siasatan berhubung laporan audit yang dilaksanakan sejak tahun 2016 cuma dua orang yang diketengahkan di muka pengadilan sementara yang lain disebabkan tiada bukti cukup, hanya tindakan