Polis sahkan Ebit Lew dirakam keterangan bantu siasatan

Foto Facebook Ebit Lew
Foto Facebook Ebit Lew
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah merakam keterangan percakapan Ebit Irawan Ibrahim Lew atau dikenali Ebit Lew di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini pada Khamis bagi membantu siasatan berhubung kes gangguan seksual.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, Ebit Lew dirakam keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Siasatan akan diteruskan sehingga pihak polis berpuas hati untuk merujuk kes ini kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapat nasihat dan arahan lanjut," katanya melalui kenyataan pada Khamis.

Abd Jalil berkata, pihaknya memohon kepada semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan provokasi bagi memastikan kes ini dapat disiasat dengan telus.

"Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang penyebaran apa-apa jua bahan yang boleh menjejaskan siasatan pihak polis," katanya.

Artikel Berkaitan: