Kes Covid-19 melonjak, rekod 22,948 hari ini

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kes baharu positif Covid-19 terus melonjak kepada 22,948 seiring dengan kes sembuh, 21,720 kes dilaporkan pada Khamis.

Jumlah kes berkenaan adalah yang tertinggi pernah direkodkan sepanjang pandemik Covid-19 melanda negara pada Februari tahun lalu.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 1,489,460 manakala kes sembuh, 1,220,446 kes.

Bagi jangkitan Covid-19, Kedah menjadi negeri terbaharu melaporkan kes melebihi 2,000 iaitu (2,137) selepas Sabah (2,583).

Kes di Selangor juga meningkatkan berbanding Rabu selepas merekodkan 7,175 kes, bagaimanapun kes Kuala Lumpur menunjukkan penurunan kepada 1,439 kes.

Ibu kota itu telah berjaya membentuk imunisasi berkelompok selepas 80 peratus daripada populasinya lengkap dos suntikan Covid-19.

Pulau Pinang mencatatkan 1,655 kes, diikuti Johor (1,526), Kelantan (1,271), Perak (1,229), Sarawak (1,206), Melaka (737), Pahang (736), Terengganu (621), Perlis (42), Putrajaya (26), dan Labuan (sembilan).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes harian yang dilaporkan, sebanyak 457 adalah daripada kategori tiga, empat dan lima.

Artikel Berkaitan:

Menurut beliau, sebanyak 22,491 kes lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

"Secara keseluruhan, 17,981 kes daripada jumlah yang dilaporkan pada tiada atau tidak lengkap divaksinasi.

"Dapatkan vaksin Covid-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius. Diharapkan ini akan mengurangkan

jangkitan Covid-19 di dalam negara terutamanya kes di kategori tiga hingga lima," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, kes aktif di seluruh negara adalah 255,534 kes yang mana 1,060 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 528 kes pula memerlukan bantuan pernafasan.

"Kes kematian berkaitan Covid-19 turut merekodkan penurunan yang ketara iaitu hanya 178 kes.

"Ia melibatkan 155 kes rakyat tempatan dan sembilan warga asing," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) juga menurun kepada 35 kes membabitkan 26 rakyat tempatan dan sembilan warga asing.

"Jumlah keseluruhan kes kematian adalah 13,480 kes," katanya.

Katanya, sebanyak 42 kluster baharu dikenalpasti membabitkan 23 kluster tempat kerja dan 15 kluster komuniti.

"Terdapat juga dua kluster pusat tahanan dan masing-masing satu bagi kluster keagamaan dan kumpulan berisiko tinggi," katanya.