CC didakwa pecah amanah hampir RM688,868

No Image Caption
A
A
A

KOTA KINABALU - Seorang ketua kerani sebuah syarikat perniagaan, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah melibatkan RM688,868.85 tahun lalu.

Nur Assmi Kasir, 23, didakwa melakukan kesalahan itu antara 26 November hingga 4 Disember 2018 ketika bekerja di CKS Supermarket Sepanggar.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh diamanahkan mengutip wang jualan milik syarikat, namun melakukan pecah amanah iaitu menjadikan wang kutipan jualan itu untuk kegunaan sendiri.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara satu hingga 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Noor Hafizah Mohd Salim membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan dua penjamin tempatan.

Beliau turut memerintahkan tertuduh melapor diri di balai polis Inanam setiap minggu dan menetapkan 10-12 Jun ini untuk perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Umar Faiz, manakala tertuduh diwakili peguam Farazwin Haxdy. - Bernama

Artikel Berkaitan: