X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Muhyiddin masuk Istana Negara melalui pintu 1

Muhyiddin.- Foto fail Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang juga Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipercayai tiba di Istana Negara melalui pintu 1 pada jam 2.49 petang tadi.

Kehadiran Muhyiddin yang juga Perdana Menteri sementara itu bagaimanapun tidak sempat dirakam Sinar Harian susulan hampir kesemua petugas media menunggu di pintu 2.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan ahli Parlimen daripada GPS, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dijangka ke Istana Negara pada jam 10 pagi pada Khamis.

Difahamkan kehadiran ahli Parlimen pro-PN itu untuk mengesahkan surat akuan bersumpah (SD) sokongan mereka kepada calon Perdana Menteri.

Sesi menghadap ahli Parlimen itu dijadualkan berlangsung dalam lima sesi berasingan mengikut parti masing-masing.

Jam 4 petang pada Rabu merupakan tempoh terakhir untuk semua ahli Dewan Rakyat menghantar SD nama calon Perdana Menteri pilihan mereka secara rasmi.

Ia selepas notis dikeluarkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun pada Selasa agar kesemua ahli Dewan Rakyat mengemukakan surat akuan berkenaan secara bertulis dan disahkan benar.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!