Penyelamat terpaksa potong kaki mangsa

Pasukan penyelamat membawa keluar mangsa dari lombong yang runtuh itu.
Pasukan penyelamat membawa keluar mangsa dari lombong yang runtuh itu.
A
A
A

JAKARTA - INDONESIA. Anggota penyelamat Indonesia terpaksa memotong kaki mangsa yang terperangkap di bawah sisa runtuhan lombong emas haram yang runtuh di Pulau Sulawesi selepas operasi menyelamat memasuki hari ketiga pada Jumaat.

Tetapi, mangsa yang terperangkap bersama puluhan pelombong lain di lereng bukit di Bolaang Mongondow di wilayah Sulawesi Utara dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaan dialaminya.

"Kakinya terpaksa dipotong kerana tersekat di bawah batu. Pasukan penyelamat bimbang jika batu itu dialihkan akan mengakibatkan runtuhan susulan," kata jurucakap Agensi Mitigasi Bencana Nasional, Sutopo Purwo Nugroho.

Seramai lapan pelombong disahkan meninggal dunia dan puluhan yang lain masih terperangkap.

Pasukan penyelamat menggunakan alatan mudah dan tali untuk mengeluarkan 20 pelombong yang cedera parah.

"Berdasarkan penilaian dilakukan pada Khamis, kami tidak lagi mendengar suara dari lombong tersebut," katanya.

Operasi menyelamat selama tujuh hari disertai lebih 200 anggota penyelamat dan tentera itu dijangka berakhir pada Selasa depan.

Kerajaan Indonesia telah mengharamkan projek perlombongan emas berskala kecil seperti itu, namun tidak dihiraukan pihak berkuasa wilayah di kawasan jauh terpencil. - Reuters

Artikel Berkaitan: