X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 18 Mei 2022

Bas bawa ahli Parlimen Bersatu, Bebas tinggalkan Istana Negara

Sebuah bas yang membawa beberapa ahli Parlimen keluar dari Istana Negara. - FOTO ROSLI TALIB
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah bas yang membawa ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Bebas keluar daripada Istana Negara pada jam 11.49 pagi.

Antara ahli Parlimen Bersatu yang dilihat berada di dalam bas yang disewa khas itu Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamarudin Jaffar serta Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien daripada Bebas.

Sebelum itu, bas yang dinaiki ahli Parlimen berkenaan tiba di Istana Negara pada jam 10.45 pagi.

Difahamkan kehadiran ahli-ahli Parlimen pro-PN itu untuk mengesahkan surat akuan bersumpah (SD) sokongan mereka kepada calon Perdana Menteri.

Sesi menghadap ahli-ahli Parlimen itu dijadualkan berlangsung dalam lima sesi berasingan mengikut parti masing-masing.

Jam 4 petang pada Rabu merupakan tempoh terakhir untuk semua ahli Dewan Rakyat menghantar SD nama calon Perdana Menteri pilihan mereka secara rasmi.

Ia selepas notis dikeluarkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun pada Selasa agar kesemua ahli Dewan Rakyat mengemukakan surat akuan berkenaan secara bertulis dan disahkan benar.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!