Kroos hangatkan spekulasi perpindahan Mbappe ke Real

Kylian Mbappe
Kylian Mbappe
A
A
A

PEMAIN tengah Real Madrid, Toni Kroos memanaskan kembali spekulasi perpindahan penyerang Paris Saint Germain (PSG), Kylian Mbappe ke kelab gergasi Sepanyol itu.

Menurut Kroos, perpindahan Lionel Messi daripada Barcelona ke PSG sebelum ini telah membuka ruang untuk Mbappe menyertai Real musim ini.

"Sesuatu yang lebih baik mungkin datang hasil perpindahan Messi itu. Mungkin salah seorang pemain PSG akan menyertai kami. Saya tidak tahu," katanya.

Sebelum ini, Mbappe dilaporkan tidak gembira dengan kedatangan Messi ke PSG dan mahu keluar daripada kelab gergasi Perancis itu.

Real bersedia untuk membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan Mbappe dan perkara itu mungkin akan menjadi kenyataan dengan kenyataan terbaru daripada Kroos itu.

Dalam pada itu, Kroos turut menilai perpindahan Messi daripada Barcelona adalah rahmat buat Real apabila kelab Catalan itu kehilangan pemain terbaik mereka.

"Kita akan lihat bagaimana. Mungkin perpindahan itu (Messi ke PSG) bagus untuk kita kerana pesaing utama kami kehilangan pemain terbaik mereka.

"Messi memang dikenali dengan kehebatannya bersama Barcelona dan perpindahan itu memberikan kelebihan kepada kami untuk meraih kejuaraan musim ini," katanya.

Artikel Berkaitan: