[LAPORAN LANGSUNG] PN sokong Ismail Sabri bersyarat

Semua Ahli Parlimen BN, PN dan GPS dijadualkan hadir ke Istana Negara untuk sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Khamis.
Semua Ahli Parlimen BN, PN dan GPS dijadualkan hadir ke Istana Negara untuk sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Khamis.
A
A
A

[LAPORAN LANGSUNG] Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan kesemua 50 ahli parlimen dari parti gabungan itu sebulat suara mencalonkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri bagi kerajaan PN yang baharu secara bersyarat.

Beliau berkata, jumlah itu termasuk 31 ahli parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), 18 Pas, satu Parti Solidariti Tanah Airku (Star), dan empat bebas pro-PN.

Menurutnya lagi, beliau juga telah berunding dengan pimpinan parti Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang membentuk kerajaan PN sebelum ini untuk mengambil ketetapan sama.


Ikuti laporan langsung perkembangan politik hari ini:

3.46pm - Ismail Sabri mempunyai majoriti sebagai PM

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan kesemua 114 ahli Parlimen yang hadiri pertemuan di Istana Negara pada Khamis menyatakan sokongan untuk mencalonkan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri kesembilan.

Menurut Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian, bersandarkan sokongan itu, Ismail Sabri kini mempunyai majoriti untuk memegang jawatan pemimpin nombor satu negara.

Perkara itu dimaklumkan Ahmad Maslan pada sidang media di pintu 2, Istana Negara pada Khamis.

Artikel Berkaitan:


3.12pm - Ismail Sabri keluar tinggalkan Istana Negara selepas dua jam

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar meningalkan Istana Negara selepas hampir dua jam berada di sana.


3.00pm - ‘Istana nak tahu SD dibuat secara sukarela atau di bawah tekanan’

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan bahawa kehadiran ahli Parlimen ke Istana Negara pada Khamis bertujuan untuk mengesahkan surat perakuan sumpah (SD) yang ditandatangani.


2.49pm - Muhyiddin masuki Istana Negara melalui pintu 1

Presiden Bersatu yang juga Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipercayai tiba di Istana Negara melalui pintu 1.

Kehadiran Perdana Menteri sementara itu bagaimanapun tidak sempat dirakam Sinar Harian susulan hampir kesemua petugas media menunggu di pintu 2.


2.38pm - Giliran Azmin, ahli Parlimen Pas masuk istana

Sebuah bas membawa Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan dua individu tiba di Istana Negara melalui pintu 2 dan diikuti sebuah lagi bas yang membawa ahli Parlimen Pas.


2.25pm - Bas bawa ahli Parlimen BN tiba di Istana Negara

Sebuah lagi bas dipercayai membawa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) tiba di Istana Negara.

Antara yang kelihatan Ahli Parlimen Ayer Hitam yang juga Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong serta beberapa individu lain dipercayai ahli Parlimen BN.


2.22pm - Zahid keluar tinggalkan Istana Negara

Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi keluar selepas kira-kira setengah jam memasuki Istana Negara.


1.46pm - Zahid tiba di Istana Negara

Kenderaan pelbagai guna (MPV) yang membawa Ahli Parlimen Bagan Datuk yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Istana Negara.

Beliau turut diiringi dua kenderaan lain.

Artikel Penuh:


1.16pm - Ismail Sabri, rombongan UMNO tiba di Istana Negara

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melambaikan tangan kepada petugas media.- FOTO ROSLI TALIB
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melambaikan tangan kepada petugas media.- FOTO ROSLI TALIB

Bas yang membawa 'rombongan' kedua ahli Parlimen UMNO tiba di Istana Negara.

Antara yang kelihatan di dalam bas disewa khas berwarna hijau itu Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim; Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said serta beberapa individu lain.

Artikel penuh:


12.45pm - Bas yang membawa 'rombongan' kedua ahli Parlimen Bersatu tiba di Istana Negara.

Antara yang kelihatan di dalam bas itu ahli Parlimen Jeli; Datuk Seri Mustapa Mohamed, ahli Parlimen Titiwangsa; Datuk Seri Rina Mohd Harun, ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya dan beberapa individu yang tidak dapat dikenal pasti.

Artikel Penuh:


11.49am - Bas bawa ahli Parlimen Bersatu, Bebas tinggalkan Istana Negara

Sebuah bas yang membawa ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Bebas keluar daripada Istana Negara.


11.30am - Najib ahli Parlimen pertama keluar Istana Negara

Selepas hampir sejam memasuki Istana Negara melalui pintu 2, kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat keluar melalui pintu sama sebentar tadi.

Beliau yang menaiki kenderaan jenis Proton Perdana berwarna hitam sempat melambaikan tangan sambil tersenyum kepada petugas media yang menanti di pintu 2, Istana Negara itu.

Artikel Penuh:


11.20am - Sesi menghadap ahli Parlimen GPS dibuat secaya maya

Ahli-ahli Parlimen daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dipercayai melakukan sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah secara maya.

Artikel Penuh:


10.45am - Ahli Parlimen Bersatu,Bebas tiba di Istana Negara naiki bas

Selang 10 minit selepas bas yang membawa masuk beberapa ahli Parlimen UMNO dilihat memasuki Istana Negara melalui pintu 2, sebuah lagi bas diilihat memasuki kawasan berkenaan.

Bas yang disewa khas itu dilihat membawa ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dan Ahli Parlimen Julau (Bebas), Julau, Larry Sng Wei Shien.

Bas yang membawa masuk beberapa ahli Parlimen Bersatu dan Bebas dilihat memasuki Pintu 2 Istana Negara. - FOTO ROSLI TALIB
Bas yang membawa masuk beberapa ahli Parlimen Bersatu dan Bebas dilihat memasuki Pintu 2 Istana Negara. - FOTO ROSLI TALIB


10.40am - Pemimpin DAP sahkan tidak dipanggil ke Istana Negara

Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming memaklumkan beliau dan pemimpin separtinya tidak dipanggil untuk ke Istana Negara pada Khamis. Perkara itu dinyatakan menerusi ciapan di Twitternya.

Morning guys! In case anyone is wondering, no, my colleagues and I didn't get any calls to go to the Palace today... Have a nice day!

— Ong Kian Ming (@imokman) August 18, 2021

10.35am - Ahli Parlimen UMNO tiba di Istana Negara menaiki bas.

Sebuah bas yang membawa masuk beberapa ahli Parlimen UMNO dilihat memasuki Istana Negara melalui pintu 2.


9.35am - Kenderaan yang membawa Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dilihat memasuki Istana Negara melalui pintu 2

Kenderaan yang membawa Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali memasuki Istana Negara melalui pintu 2. - FOTO ROSLI TALIB
Kenderaan yang membawa Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali memasuki Istana Negara melalui pintu 2. - FOTO ROSLI TALIB

Artikel Penuh:


8.00am - Media berkumpul di pintu 2 Istana Negara