Pulau kelihatan seperti piring terbang di Alaska

Tangkap layar menunjukkan sebuah pulau yang kelihatan seperti piring terbang yang sedang berlegar-legar di Teluk Glasier, barat Juneau baru-baru ini. - Twitter Teluk Glasier/NPS
Tangkap layar menunjukkan sebuah pulau yang kelihatan seperti piring terbang yang sedang berlegar-legar di Teluk Glasier, barat Juneau baru-baru ini. - Twitter Teluk Glasier/NPS
A
A
A

JUNEAU - Satu imej video menunjukkan seolah-olah sebuah piring terbang sedang berlegar-legar di atas air di sebuah teluk di Alaska, baru-baru ini.

Bagaimanapun, sebenarnya, piring terbang tersebut ialah sebuah pulau kecil. Ia kelihatan sebegitu kerana akibat biasan pencahayaan.

Ia adalah disebabkan oleh fenomena Fatamorgana iaitu pembiasan cahaya sehingga boleh membuatkan benda yang tidak wujud menjadi wujud.

Rakaman video itu difilemkan dari sebuah bot di Teluk Glasier, barat Juneau dan dihantar ke laman Facebook Taman Kebangsaan Teluk Glasier dan Pemuliharaan.

Fenomena itu berlaku ketika bahang matahari memanaskan atmosfera di atas darat atau laut sekali gus mewujudkan kecerunan suhu.

Apabila satu lapisan udara panas berada di atas satu lapisan udara yang sejuk, terbentuklah satu kesan kanta dengan cahaya melengkung ketika ia melalui ruang di dalam arus udara.

Ia akan membuatkan objek kelihatan berada di tempat yang tinggi. - Agensi

Artikel Berkaitan: