AS perlu ambil pengajaran, kegagalan misi di Afghanistan

Gorbachev pernah mengawasi pengunduran pasukan tentera Rusia dari Afghanistan. - Foto Agensi
Gorbachev pernah mengawasi pengunduran pasukan tentera Rusia dari Afghanistan. - Foto Agensi
A
A
A

MOSCOW - Amerika Syarikat (AS) perlu belajar daripada kegagalan mereka di Afghanistan.

Kenyataan itu dikeluarkan pemimpin terakhir era Soviet, Mikhail Gorbachev yang mengetuai usaha pengunduran pasukan tentera Rusia dari Kabul pada 1989.

"Ia berpunca daripada rancangan geopolitik yang kurang jelas disusuli cubaan tidak realistik kononnya untuk mendemokrasikan masyarakat pelbagai puak itu," katanya ketika wawancara bersama Sputnik News pada Selasa merujuk kepada perang selama dua dekad yang dilancarkan AS ke atas Afghanistan.

Beliau turut mengakui kesilapan kempen ketenteraan Kesatuan Soviet dan keputusan berundur dari Afghanistan.

"Kita perlu mengelakkan kesilapan sama daripada berulang. Idea untuk panggil pulang pasukan tentera AS bersama pakatan tentera asing jelas tidak berjaya sejak dari awal walaupun Moscow menyokongnya pada peringkat pertama," ujarnya.

Bekas Presiden Kesatuan Soviet juga menyifatkan tindakan campur tangan ketenteraan mereka di Kabul sebagai kesilapan politik.

"Namun, keputusan panggil pulang pasukan tentera Rusia dari Afghanistan mendapat sokongan penuh daripada kepimpinan politik dan tentera serta rakyat kami. Ia adalah sebaliknya ketika AS membuat keputusan terburu-buru itu," jelasnya lagi.

Ketika ini, komuniti antarabangsa menuding jari menyalahkan keputusan tergesa-gesa AS kerana berundur daripada Kabul sehingga menyebabkan kebangkitan semula gerakan Taliban di negara Asia Tengah itu. - Agensi

Artikel Berkaitan: