Putrajaya capai imuniti kelompok

Ciapan di Twitter Annuar pada Rabu.
Ciapan di Twitter Annuar pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Putrajaya berjaya mencapai imuniti kelompok selepas 80 peratus populasi dewasa selesai menerima suntikan vaksin pada Rabu.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkongsi perkembangan itu menerusi ciapan di Twitternya pada Rabu.

Ini menjadikan seluruh Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah mencapai sasaran imuniti kelompok.

Menurut Annuar, jumlah penduduk Putrajaya menerima dos pertama sebanyak 121,912 (111 peratus), manakala 87, 757 (80 peratus) lengkap dua dos.

"Sementara Kuala Lumpur sejumlah 2,594,386 (146 peratus) telah menerima dos pertama dan 1,680,548 (95 peratus) lengkap dua dos.

"Manakala Labuan, dos pertama telah diterima 69,426 (101 peratus) dan 64,787 (94 peratus) menerima dua dos," menurut ciapan di Twitter pada Rabu.

Labuan mencapai imuniti kelompok pada 27 Julai lalu disusuli Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Annuar semasa program di Rumah Prihatin @Grand Seasons Ahad lalu berkata, imuniti kelompok membolehkan Wilayah Persekutuan membuat persiapan untuk beralih Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara dengan lebih banyak kegiatan ekonomi kembali beroperasi secara berperingkat.

Artikel Berkaitan: