X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 26 Januari 2022

Polis Pahang terima 1,800 permohonan rentas negeri setiap hari

Ramli melakukan tinjauan dan pemantauan permulaan operasi sektor pelancongan di sekitar Cherating, Kuantan pada Rabu.
A
A

KUANTAN - Polis Pahang menerima purata 1,500 hingga 1,800 permohonan rentas negeri daripada orang ramai setiap hari.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, permohonan rentas negeri masih tertakluk kepada kelulusan permit kebenaran merentas oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata, bagi tujuan rentas daerah, kelonggaran hanya dibenarkan kepada penerima yang lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19.

“Mereka sudah lengkap dua dos vaksin tiada masalah untuk merentas daerah. Mereka perlu menunjukkan sijil digital penerimaan vaksinasi melalui MySejahtera kepada anggota yang bertugas di sekatan jalan raya.

"Bagi rentas negeri, mereka perlu mendapatkan permit kebenaran oleh PDRM dan perlu mempunyai alasan kukuh dan berasas. Pihak kita akan menjadi permudah cara sekiranya permohonan lengkap," katanya ketika ditemui pemberita semasa mengadakan tinjauan dan pemantauan permulaan operasi sektor pelancongan di sekitar Cherating sempena Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada Rabu.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusuf Ali dan Ketua Polis Balai Cherating, Sarjan Mejar Anuar Yaakob.

Mengulas lanjut mengenai pemantauan yang diadakan, Ramli berkata, antara sektor yang telah diberikan kelonggaran ialah industri pelancongan.

Beliau berkata, tinjauan di Cherating mendapati pemain industri sudah bersedia memulakan operasi serta menerima kedatangan pelancong domestik.

“Jika dilihat rata-rata pengusaha hotel akan kembali menggerakkan ekonomi di Pahang dan selepas ini sektor ini kembali lebih rancak.

“Pemain industri perlu memastikan pekerja mereka sudah melengkapkan dua dos vaksin," ujarnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!