Maritim tahan kapal tangki berlabuh tanpa kebenaran

Kapal tangki yang berlabuh tanpa kebenaran di perairan timur Tanjung Penawar ditahan Maritim pada Selasa. - Foto Maritim
Kapal tangki yang berlabuh tanpa kebenaran di perairan timur Tanjung Penawar ditahan Maritim pada Selasa. - Foto Maritim
A
A
A

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) menahan sebuah kapal tangki disyaki berlabuh tanpa kebenaran pada kedudukan 14.5 batu nautika timur Tanjung Penawar pada Selasa.

Pengarah Maritim Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kapal tangki yang berdaftar di Malabo itu ditahan pada jam 7.15 malam.

Menurutnya, nakhoda kapal gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh di perairan Malaysia ketika diperiksa oleh penguat kuasa Maritim.

"Kapal tangki tanpa muatan itu dikendalikan tujuh lelaki warga Indonesia termasuk nakhoda berumur dalam lingkungan 21 hinga 55 tahun dan memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

"Kes akan disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Maritim Malaysia mengingatkan agar pemilik atau ejen perkapalan supaya mengikut peraturan yang ditetapkan apabila memasuki perairan Malaysia atau segera beredar bagi mengelakkan sebarang tindakan diambil.

Artikel Berkaitan: