X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 23 Januari 2022

MILO cari bintang muda bola sepak

Su Yen
A
A

MILO dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedang menganjurkan peraduan Pencarian Juara MILO All Star Challenge di seluruh negara dalam usaha merealisasikan impian bintang muda bola sepak.

Peraduan yang berlangsung mulai 19 Julai hingga 15 September 2021 itu adalah terbuka kepada semua warga Malaysia dan dibahagikan kepada dua kategori melibatkan kategori bawah 16 tahun (7 hingga 16 tahun) dan kategori terbuka bagi yang berumur 17 tahun ke atas.

Menurut Eksekutif Perniagaan Pegawai - Unit Perniagaan MILO, Nestlé (Malaysia) Berhad, Ng Su Yen, peraduan ini seiring dengan usaha berterusan MILO untuk menyediakan platform sukan yang mudah diakses kepada anak-anak muda di Malaysia bagi membudayakan gaya hidup bersukan.

Katanya, peraduan bola sepak ini bukan sahaja mencungkil bakat terpendam generasi pelapis bola sepak tanah air, malah menawarkan peluang keemasan kepada mereka untuk menjalani program latihan bersama FAM.

“Sebagai peneraju pembangunan sukan akar umbi, kami teruja menjalinkan kerjasama dengan FAM untuk membawakan MILO All Star Challenge bagi memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan generasi juara masa hadapan negara menerusi sukan.

“Kami berharap program ini dapat menonjolkan lebih ramai lagi bakat-bakat bola sepak baharu, seperti mana tradisi yang telah kami pelopori menerusi karnival futsal popular kami MILO Hidup Bola selama ini yang telah melahirkan ramai pemain bola sepak kebangsaan,” katanya.

Untuk menyertai peraduan MILO All Star Challenge ini, peserta dikehendaki menghantar video yang memaparkan skil bola sepak masing-masing hasil gabungan tiga skil mandatori melibatkan menimbang, mengelecek dan menyepak bola dengan satu skil berkenaan perlu disertakan dengan satu skil penamat melibatkan hantaran bola, merentasi halangan atau menjaringkan gol pilihan mereka.

Video yang berdurasi tidak lebih 60 saat itu kemudiannya perlu dimuat naik ke akaun Instagram tulen dan diset untuk tontonan umum dengan tag @milo_malaysia dan #MiloAllStar.

Penyertaan terbaik akan dipilih untuk mara ke peringkat Grand Finale yang dijadualkan berlangsung pada Oktober (buat masa ini) melibatkan lapan peserta teratas akan memenangi MILOxFAM Ultimate Experience yang eksklusif iaitu mereka akan menjalani latihan boot camp bola sepak di kemudahan latihan FAM yang lengkap dengan akses penuh ke bilik persalinan pemain, serta sesi latihan bersama bintang-bintang FAM di bawah bimbingan jurulatih FAM.

Selain MILOxFAM Ultimate Experience, pemenang Hadiah Utama akan membawa pulang wang tunai RM5,000, Playstation 5, trofi dan e-baucar bernilai RM100; wang tunai sebanyak RM3,000, satu set konsol permainan, trofi serta e-baucar bernilai RM100 (pemenang kedua) manakala wang tunai RM1,000, trofi dan e-baucar bakal menjadi milik pemenang tempat ketiga dan keempat.

Pendaftaran untuk MILO All Star Challenge kini dibuka di laman web MILO. Sertai sekarang dan dapatkan Kod Baucar Shopee bernilai RM5 yang boleh ditebus dengan pembelian minimum RM50. Promosi ini eksklusif untuk peserta MILO All Star Challenge sahaja.

Untuk maklumat lanjut, mengenai peraduan ini, sila layari: www.milo.com.my/milo-all-star.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!