Majlis Hak Asasi PBB adakan sesi khas isu Afghanistan

Pejuang Taliban dilihat menaiki kenderaan tentera di Kabul, ibu negara Afghanistan. Foto Xinhua
Pejuang Taliban dilihat menaiki kenderaan tentera di Kabul, ibu negara Afghanistan. Foto Xinhua
A
A
A

GENEVA - Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa mengumumkan akan mengadakan sesi khas pada 24 Ogos untuk membincangkan 'masalah dan situasi hak asasi manusia yang serius di Afghanistan'.

Sesi khas secara maya itu akan berlangsung di Pejabat PBB di Geneva, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan majlis itu.

Ia susulan permintaan bersama Pakistan, penyelaras Organisasi Kerjasama Islam (OIC) mengenai hak asasi dan kemanusiaan, dan Afghanistan.

Permintaan itu mendapat sokongan 89 negara dan dibuat sehari selepas Taliban menguasai Kabul.

Untuk membolehkan sesi khas diadakan, ia memerlukan sokongan satu pertiga daripada 47 anggota majlis.

Turut menyokong Argentina, Austria, Bahrain, Bangladesh, Bulgaria, Burkina Faso, Cameroon, Ivory Coast, Republik Czech, Denmark, Perancis, Gabon, Jerman, India, Indonesia, Itali, Jepun, Libya, Mauritius, Mexico, Netherlands, Pakistan, Poland, Senegal, Somalia, Sudan, Togo, United Kingdom dan Uzbekistan.

Turki, Albania, Mesir, Ireland, Kazakhstan, Qatar, Sweden, Tajikistan dan Emiriah Arab Bersatu, antara 60 negara pemerhati turut menyuarakan sokongan. - Bernama

Artikel Berkaitan: