Petugas pengurusan jenazah Covid-19 JAIS terima 7,000 set PPE

Saipolyazan (kanan) menyerahkan sumbangan kepada Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad (kiri) di Masjid Jamek Ar Rahimiah, Klang di sini pada Rabu.
Saipolyazan (kanan) menyerahkan sumbangan kepada Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad (kiri) di Masjid Jamek Ar Rahimiah, Klang di sini pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyerahkan sebanyak 7,000 set peralatan perlindungan diri (PPE) bernilai RM385,000 kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi kegunaan petugas pengurusan jenazah Covid-19 di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M. Yusop berkata, sumbangan PPE itu adalah sebahagian inisiatif bantuan Zakat Selangor Peduli yang diumumkan pada 2 Julai lalu.

Menurut beliau, inisiatif itu melibatkan empat agenda utama bagi menyalurkan agihan zakat secara bersasar.

"Empat agenda tersebut ialah memenuhi keperluan asasi golongan asnaf fakir, miskin dan mualaf, meringankan beban golongan rentan, menyokong pemulihan institusi agama di Selangor serta menyokong keperluan asas barisan hadapan," katanya pada Majlis Serahan Set PPE Pengurusan Jenazah Covid-19 di Masjid Jamek Ar Rahimiah, Klang di sini pada Rabu.

Saipolyazan berkata, penyerahan set PPE itu dilakukan bagi memastikan pengurusan jenazah dapat dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard

(SOP) yang ditetapkan sekali gus menyempurnakan tuntutan fardu kifayah.

"Sumbangan PPE itu meliputi kelengkapan sut PPE, sarung penutup kasut but, sarung penutup kepala, pelitup muka N95, apron, tudung penutup kepala, sarung tangan getah, pelindung muka dan cecair sanitasi yang akan digunakan oleh petugas pengurusan jenazah.

"LZS juga telah menyumbang sebanyak 2,000 set PPE kepada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor bagi membantu keperluan kritikal pada tahun lalu," katanya.

Artikel Berkaitan: