Kanada tidak iktiraf kerajaan Taliban

Justin Trudeau - Foto AFP
Justin Trudeau - Foto AFP
A
A
A

OTTAWA - Kanada mengambil keputusan untuk tidak mengiktiraf kerajaan baharu Taliban di Afghanistan, kata Perdana Menteri negara itu, Justin Trudeau pada Selasa.

Beliau juga menjelaskan bahawa Ottawa akan terus menganggap pergerakan itu sebagai 'pertubuhan pengganas'.

Menurutnya, Taliban telah mengambil alih dan menggantikan kerajaan yang dipilih secara demokratik melalui paksaan.

Pada Isnin lalu, Amerika Syarikat (AS) menyatakan ia akan hanya mengiktiraf kerajaan Taliban di Kabul jika ia menghormati hak-hak wanita dan meminggirkan keganasan.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson telah menghubungi para pemimpin negara-negara dari Kumpulan 7 (G7) untuk mengadakan pertemuan dan membincangkan isu tentang Afghanistan.

Ketua Dasar-Dasar Asing Kesatuan Eropah, Josep Borrel menyatakan pada Selasa bahawa kesatuan itu akan berbincang mengenai isu Taliban.

Namun, Menteri Luar Jerman, Heiko Maas pernah berkata, bahawa pihak Barat akan menghakimi Taliban berdasarkan kepada tindakan-tindakannya.

Kanada telah menghantar lebih 40,000 askar-askar untuk memerangi Taliban semasa kempen ketenteraan selama 12 tahun bersama sekutu-sekutunya dengan mengakibatkan 158 anggota tenteranya terbunuh. - Agensi

Artikel Berkaitan: