Hina agama, nabi: Perlu perketatkan undang-undang

Zamri memimpin bacaan doa selesai solat hajat malam tadi.
Zamri memimpin bacaan doa selesai solat hajat malam tadi.
A
A
A

IPOH - Kerajaan perlu memperketatkan lagi undang-undang berhubung isu penghinaan agama yang semakin berleluasa pada hari ini.

Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim berkata, kerajaan juga perlu menyediakan garis panduan yang jelas terhadap perkara yang 'menghina' atau 'menjelaskan.'

Bagaimanapun, garis panduan berkenaan perlu dilaksanakan dengan betul dan bukannya 'ditabur' secara umum sahaja.

"Dalam al-Quran, sendat, padat dengan penjelasan tentang berhala, kekufuran, kesyirikan, penyembahan kepada Nabi Isa., itu semua salah. Al-Quran yang ceritakan.

"Apakah menceritakan itu kepada masyarakat juga akan dimasukkan dalam penghinaan? Jadi akan timbul keresahan.

"Quran sebagai panduan untuk kita dakwahjan kebenaran Tauhid itu. Kalau tak boleh, fungsi Quran akan terhad dan dakwah akan terbantut," katanya kepada Sinar Harian sempena program Himpunan Cinta Rasul di Bulatan Sultan Azlan Shah, semalam.

Dianggarkan hampir 1,000 warga bandaraya Ipoh hadir sempena program berkenaan yang dimulai dengan solat Maghrib berjemaah dan kemudiannya diikuti dengan bacaan Yaasiin, tazkirah, solat Isya' berjemaah, solat hajat dan diakhiri dengan selawat.

ata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa baru-baru ini berhubung kesalahan menyuntik kebencian dan penghinaan terhadap mana-mana agama akan dimasukkan dalam Kanun Keseksaan (Akta 574).

Difahamkan, Akta 574 itu secara dasarnya telah pun mendapat persetujuan dan akan dibentangkan pada Kabinet, sebelum usul pindaannya dibawa ke sidang Dewan Rakyat, bulan depan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Zamri program berkenaan sebagai satu usaha yang baik bagi mengumpulkan umat Islam dalam menyatakan kecintaan kepada Rasulullah SAW.

Malah, Zamri turut menggalakkan penglibatan orang ramai sempena penganjuran program seumpamanya.

"Kita galakkan lagi badan bukan kerajaan (NGO) untuk anjurkan program kerana itulah saat terbaik untuk kita mengigati semula perjuangan nabi," katanya.