Mesyuarat khas Raja-Raja Melayu bincang calon PM Jumaat

Istana Negara
Istana Negara
A
A
A

SHAH ALAM - Satu Mesyuarat khas Raja-Raja Melayu akan diadakan pada Jumaat ini di Istana Negara bagi membincangkan isu bakal calon Perdana Menteri dan kerajaan.

Menurut laporan The Star, sumber istana memberitahu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka mengumumkan keputusannya berhubung pencalonan 220 ahli Parlimen yang memilih Perdana Menteri.

Katanya, Yang di-Pertuan Agong telah mengambil langkah yang tepat untuk meminta ahli Parlimen menyerahkan pilihan perdana menteri mereka secara terus.

“Ia berdasarkan beberapa kes lalu, yang mana ahli Parlimen diketahui memiliki lebih daripada satu SD dalam pernyataan sokongan mereka.

”Namun masyarakat tidak lagi mempercayai dokumen-dokumen ini. Jadi, istana ingin menyelesaikannya dengan cara betul,” katanya.

Pada Rabu, Yang di-Pertuan Agong bertemu dengan pemimpin parti politik termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Turut hadir menghadap Seri Paduka Baginda ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Antara titah Seri Paduka Baginda adalah supaya semua parti politik bersatu menghadapi Covid-19 dan masalah ekonomi.

Artikel Berkaitan: