Kes varian Delta di Sarawak naik mendadak: IHCM

Varian Delta Covid-19 mempunyai kadar kebolehjangkitan berbeza dan mengambil masa untuk landai. Gambar hiasan
Varian Delta Covid-19 mempunyai kadar kebolehjangkitan berbeza dan mengambil masa untuk landai. Gambar hiasan
A
A
A
KUCHING- Kadar pengesanan keseluruhan kes positif Covid-19 varian Delta di Sarawak telah meningkat secara mendadak melebihi 73 peratus dari 50 peratus setakat 3 Ogos 2021.

Pengarah Institut Kemahiran dan Perubatan Komuniti (IHCM) Prof Dr David Perera mendedahkan di bahagian Kuching sahaja kadar pengesanan kes varian Delta mencapai 90 peratus.

“Varian Delta juga dikesan di beberapa daerah lain di Bay, Lundu, Kota Samataran, Simunjan, Miri, and Bintulu. Sementara enam kes varian Delta dikesan di Sibu,” katanya menerusi laporan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas, hari ini.

Untuk rekod, setakat 10 Ogos lalu, secara keseluruhan 592 Variant Of Concern (VOC) dan Variant Of Interest (VOI) telah dikenalpasti di Sarawak.

“Daripada jumlah tersebut 248 kes adalah varian Delta, dan 338 VOI serta satu kes Indonesian VOI yang dikesan di Bintulu,” katanya.

Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam melaporkan 43 kes COVID-19 baharu membabitkan varian Delta menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 467 kes.

Untuk makluman kes pertama varian Delta dikesan di Sarawak pada 18 Jun melalui kajian penyelidikan Institut Kemahiran dan Perubatan Komuniti (IHCM) UNIMAS.

Kes melibatkan seorang lelaki berusia 58 tahun daripada Kuching itu diklasifikasikan sebagai kes import B yang berasal dari negeri lain dalam negara.- Awani

Artikel Berkaitan: