Covid-19: Kes kematian kembali meningkat di Perancis

Perancis merekodkan 111 kematian baharu akibat Covid-19 pada Selasa.
Perancis merekodkan 111 kematian baharu akibat Covid-19 pada Selasa.
A
A
A
PARIS- Perancis merekodkan 111 kematian baharu akibat Covid-19 pada Selasa.

Ini merupakan kali pertama negara itu merekodkan kematian melepasi angka 100 sejak Jun lalu.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian di negara itu sebanyak 112,844 kes.

Malah purata kadar kematian yang direkodkan meningkat kepada 72 berbanding 66.

Pada masa sama, hampir 2,000 kini dilaporkan sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU).

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!