Kembara kempen jauhi dadah

Shahiruddin menyerahkan topi keledar kepada peserta kembara sebagai simbolik program berkenaan.
A
A

RAUB - Sempena Bulan Antidadah Kebangsaan, Majlis Belia Daerah Raub mengambil pendekatan menganjurkan Program Kem Smart Kembara Bermotor Raub bagi meningkatkan kesedaran dalam komuniti berhubung penyalahgunaan dadah.

Pengerusi Persatuan Kelab Kelab Belia Malaysia (MAYC) Pahang, Abdul Basits Mohamed Mokhtar berkatausaha itu bagi mendidik komuniti di daerah Raub memerangi dadah.

Menurutnya, individu yang mahu memerangi dadah selalunya membabitkan ahli keluarga mereka yang terlibat masalah itu.

“Ini bagi membolehkan mereka kenal pasti masalah dan memberi ilmu termasuk kaunseling serta pengetahuan mengenai pusat pemulihan.

"Mereka membuat sesuatu yang positif dalam menyampaikan mesej kepada masyarakat setempat agar memerangi dan menjauhi dadah.

"Inilah pentingnya bersama komuniti. Jangan kita tak ambil peduli kerana dikhuatiri ahli keluarga kita akan terjebak dengan dadah dan ketika itu sudah terlewat,"katanya kepada Sinar Harian

Kira-kira 40 belia Raub menyertai ke Puspens Sungai Ruan dan Puspens Raub untuk berkongsi pembelajaran di pusat tersebut.

Dalam pada itu, Adun Dong, Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin mahu masyarakat di daerah ini bekerjasama dengan agensi kerajaan dan NGO bagi memastikan gejala dadah dapat dibendung.

"Langkah mendidik dan mencegah perlu dilakukan secara berterusan walaupun kes dadah dalam kalangan mereka masih terkawal.

"Melalui pendekatan kolaboratif Majlis Belia Daerah Raub dan pelbagai agensi termasuk kerajaan akan dapat memberikan makna dan manfaat kepada semua.