Dua pemimpin Pas dipanggil SPRM hari ini

Mohd Nasir dan Hashim
Mohd Nasir dan Hashim
A
A
A

SHAH ALAM - [KEMASKINI] Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin dan Exco Pas, Mohd Nasir Daud dipanggil bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini.

Difahamkan siasatan tersebut berhubung dakwaan dana sebanyak RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun pemimpin Pas.

Hashim diminta untuk hadir ke Pejabat SPRM Perlis manakala Nasir di Pejabat SPRM Kelantan.

Semalam, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan telah dipanggil SPRM untuk diambil keterangan.

Antara yang telah dipanggil SPRM ialah Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Abdul Nik Abdul Aziz.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull baru-baru ini mengesahkan tiada dana itu dimasukkan ke dalam akaun rasmi Pas.

Sementara it, pada jam 9.40 pagi kelihatan Mohd Nasir yang juga Setiausaha Jabatan Pilihanraya Pas Pusat tiba di pekarangan SPRM Kelantan.

Beliau yang memakai baju Melayu berwarna coklat muda dan berseluar gelap keluar dari pejabat SPRM jam 10.50 pagi.

Artikel Berkaitan: