KPLB teruskan 1,165 program pembangunan luar bandar

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan meneruskan kesemua 1,165 program pembangunan untuk memulih dan merancakkan ekonomi di luar bandar.

Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus berkata, projek itu meliputi pembangunan infrastruktur, ekonomi dan pemerkasaan modal insan luar bandar yang melibatkan peruntukan sebanyak RM5.78 bilion.

"Kementerian akan kekal komited melaksanakan amanah serta tanggungjawab memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, KPLB termasuk jabatan dan agensinya akan terus mendukung konsep 'neutrality dan government of the day' dalam melaksanakan semua dasar yang telah diluluskan.

"Dalam memastikan kesejahteraan rakyat khususnya di luar bandar, KPLB juga akan tetap memainkan peranan utama membangunkan dan menjamin kesejahteraan masyarakat luar bandar terutama dalam mendepani impak pandemik Covid-19.

"Program-program outreach vaksinasi Covid-19 akan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan bagi mencapai sasaran imunisasi kelompok di luar bandar," katanya.

Artikel Berkaitan: