Naik taraf infrastruktur, tarik lebih ramai pelabur

Kok Seong (dua, kiri) ketika melawat kawasan berkenaan, semalam.
Kok Seong (dua, kiri) ketika melawat kawasan berkenaan, semalam.
A
A
A

JEMPOL- Kerajaan Negeri Sembilan akan menaik taraf infrastruktur lampu dan longkang di Kawasan Taman Perindustrian Bahau dan Mahsan, kata Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, Teo Kok Seong.

Beliau berkata, naik taraf adalah usaha menyelesaikan masalah banjir kilat yang berlaku di kawasan berkenaan selain menjaga kebajikan pelabur yang berminat membuka perniagaan di sini.

Menurutnya, kerja naik taraf dijangka bermula April nanti melalui peruntukan kerajaan negeri.

"Adalah menjadi hasrat kerajaan negeri menyelesaikan masalah yang berlaku di kawasan berkenaan selain menarik lebih ramai pelabur ke negeri ini yang secara tak langsung membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat," katanya yang melawat kawasan berkenaan, semalam.

Kok Seong berkata, ketika ini terdapat 146 unit kilang di Pusat Perindustrian Bahau, Mahsan 165 unit manakala Balau dan Bunga Raya masing masing 95 dab 41 unit.

Katanya, beliau yakin terdapat lagi pertambahan kilang dan pelabur selepas ini.

Artikel Berkaitan: