Konvoi Jalur Gemilang semarakkan semangat patriotisme

Penunggang p-hailing tidak ketinggalan menerima Jalur Gemilang dan poster sempena bulan kemerdekaan daripada konvoi merdeka Jabatan Penerangan Daerah dan Pejabat Daerah Kulai.
Penunggang p-hailing tidak ketinggalan menerima Jalur Gemilang dan poster sempena bulan kemerdekaan daripada konvoi merdeka Jabatan Penerangan Daerah dan Pejabat Daerah Kulai.
A
A
A

KULAI - Bagi menyemarakkan rasa cinta kepada negara, Pejabat Penerangan Daerah dengan kerjasama Pejabat Daerah Kulai mengadakan acara konvoi merdeka pada Isnin.

Pegawai Daerah Kulai, Zainor Adani berkata, acara konvoi merdeka itu merupakan sesi jelajah ke beberapa lokasi di sekitar daerah.

"Fokus utama konvoi merdeka adalah ke jabatan-jabatan kerajaan dan swasta serta pihak industri. Sebanyak 18 agensi dilawati bagi hebahan semarak kemerdekaan, edaran Jalur Gemilang dan poster Hari Kebangsaan.

Konvoi merdeka Jabatan Penerangan Daerah dan Pejabat Daerah Kulai singgah di Balai Bomba dan Penyelamat Kulai.
Konvoi merdeka Jabatan Penerangan Daerah dan Pejabat Daerah Kulai singgah di Balai Bomba dan Penyelamat Kulai.

"Memandangkan negara masih bergelut dengan pandemik Covid-19, maka perubahan terpaksa dilakukan mengikut keadaan semasa dengan pematuhan prosuder operasi standard (SOP) yang ketat," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Zainor berharap program konvoi terbabit dapat menyuntik semangat orang ramai menyambut bulan kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang di premis masing-masing.

Artikel Berkaitan: