Hilang punca pendapatan akibat gout

Orang ramai boleh membantu Osman bagi meringankan bebannya yang kini tidak mampu bekerja.
A
A

KUANTAN - Nasib seorang ayah kepada seorang anak dan empat cucunya di Felda Sungai Kemahal, di sini kini tidak mampu berjalan akibat penyakit gout sejak 10 tahun lalu.

Kini dia bukan sahaja tidak dapat meneruskan urusan harian malah tidak dapat keluar mencari rezeki.

Kerja-kerja Osman Puteh, 74, sebagai peneroka, diambil alih oleh anaknya, Zakaria Osman berikutan penyakit gout dihidapinya makin teruk sejak awal tahun lalu lalu.

Osman berkata dia sudah lama menghidap penyakit itu dan pembedahan juga telah dilakukan, namun tidak menunjukkan sebarang perubahan positif.

Keadaan tangan Osman akibat gout
Keadaan tangan Osman akibat gout

"Sebelum ini penyakit gout ini tidak menyerang secara berterusan dan saya boleh buat kerja seperti biasa.

"Namun sejak lima tahun lalu, saya sudah tak boleh berdiri dan serangan paling teruk pada November lima tahun lalu. Kaki dan tangan saya menjadi kebiruan dan membengkak

"Kaki saya belum sembuh lagi selepas menjalani rawatan serta pembedahan dan kini masih menjalani rawatan susulan. Sekarang ini saya hanya terbaring di katil dan perlu berehat," katanya ketika ditemui di rumahnya.

Berikutan keadaan itu, anaknya, Zakaria terpaksa mengambil alih menyara keluarga yang tidak mencukupi dengan pendapatan bekerja kampung.

Osman mengakui kehidupan keluarga ibarat kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang.

“Saya terpaksa membeli ubat di klinik swasta kerana berkesan Namun, harga ubat itu RM100 yang perlu diambil sekali seminggu. Itu belum lagi kos cucuk sekiranya sakit gout itu tidak dapat dikawal.

"Apa yang mampu saya lakukan ialah berdoa kepada ALLAH supaya penyakit saya segera sembuh," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Cimb Bank milik anaknya, Zakaria Osman di nombor 7616945062.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia