Perdana Menteri baharu harus bersikap seorang 'bapa'

Abdul Karim Rahman Hamzah
Abdul Karim Rahman Hamzah
A
A
A

KUCHING - Individu yang dilantik sebagai Perdana Menteri baharu kelak harus bersikap sebagai seorang ‘bapa’ yang boleh menjaga semua negeri-negeri di bawah pentadbirannya secara saksama, kata Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau berkata, Perdana Menteri baharu itu kelak boleh meneruskan perjuangan untuk mengembalikan hak-hak istimewa Sabah dan Sarawak yang telah terhakis seperti yang telah termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.

“Apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri sebelum ini, beliau bertimbang rasa kepada kita. Kita boleh mendapatkan sejumlah hak ini semula. Jika masih ramai yang menyokong beliau, saya percaya mungkin beliau akan dilantik semula,” katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

PBB adalah sebuah komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang menyokong pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin pada Mac tahun lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan: