Angka kematian nahas kereta api Kaherah meningkat 22

Angka kematian susulan nahas kereta api Stesen Ramses, meningkat 22 orang. - Foto AFP
Angka kematian susulan nahas kereta api Stesen Ramses, meningkat 22 orang. - Foto AFP
A
A
A
KAHERAH - MESIR. Angka kematian susulan nahas kereta api di Kaherah meningkat kepada 22 orang.

Menteri Kesihatan Hala Zayed berkata, angka kematian susulan nahas di Stesen Kereta Api Ramses kelmarin, meningkat sementara 41 yang lain cedera, enam daripada mereka dilapor dalam keadaan kritikal yang boleh membawa maut.

Terdahulu, pihak berkuasa menahan pemandu kereta api terbabit yang dikatakan meninggalkan kabinnya tanpa mematikan enjin, mengakibatkan kereta api tersebut meluncur laju ketika menghampiri platform sebelum melanggar tembok penghadang lalu meletup.

Impak pelanggaran menyebabkan kereta api serta kawasan sekitar platform yang dipenuhi orang ramai terbakar. - AFP

ARTIKEL BERKAITAN: 20 maut, berpuluh cedera nahas kereta api di Kaherah
Artikel Berkaitan: