Empat individu mengaku tidak bersalah hina TYT Melaka

Empat lelaki tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di Ayer Keroh pada Selasa.
Empat lelaki tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di Ayer Keroh pada Selasa.
A
A
A

MELAKA - Empat individu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pada Selasa atas pertuduhan memuat naik komunikasi jelik menghina Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd.Ali Rustam di laman sosial Twitter, bulan lalu.

Ahmad Zaki Yamani Zainon, 45, Muhamad Ali Aswad Asngadu, 28, Mohd Hermy Rahim, 34 dan Mohamad Hafizuddin Rahmad, 36, didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik iaitu ke atas Mohd Ali pada 28 Julai lalu di Twitter milik mereka dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Komen itu telah dibaca pada 29 Julai sekitar jam 1.07 pagi di Ujong Pasir, Kampung Atap, Melaka.

Pertuduhan terhadap tertuduh yang masing-masing bekerja sebagai ahli perniagaan, supervisor, jurutera dan tidak bekerja dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh juga didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan, selepas sabitan.

Timbalan Pendakwa Raya N. Siva Sangari menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 bagi setiap tertuduh.

Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin bagaimanapun membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu perlu melaporkan diri di balai polis pada setiap bulan serta tidak menggangu saksi sepanjang perbicaraan berlangsung.

Mahkamah menetapkan 22 September depan untuk sebutan semula kes.

Isnin lalu Sinar Harian menyiarkan tindakan empat pelayar Twitter yang mengeluarkan kenyataan jelik dan menghina Mohd Ali di laman sosial Twitter milik mereka mengudang padah apabila akan didakwa di mahkamah.

Artikel Berkaitan:

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali dilaporkan berkata, empat lelaki itu antara lapan individu berusia 21 hingga 45 tahun yang dipanggil bagi membantu siasatan bermula 30 Julai sehingga Rabu lalu.