Paderi dakwa berjaya hidupkan semula lelaki

Ramai pihak mempersoalkan ritual itu yang kononnya berjaya menghidupkan semula lelaki tersebut.
Ramai pihak mempersoalkan ritual itu yang kononnya berjaya menghidupkan semula lelaki tersebut.
A
A
A

CAPE TOWN - AFRIKA SELATAN . Sebuah gereja di Afrika dikecam banyak pihak selepas seorang paderi 'menghidupkan semula' lelaki yang sudah meninggal dunia pada akhir minggu lalu.

Rakaman video memaparkan 'ritual' itu turut dikongsi di media sosial yang memaparkan perbuatan paderi, Alph Lukau di Kramerville, Sandton di Afrika Selatan.

Lelaki dikenali sebagai Elliot yang didakwa sudah meninggal dunia pada Jumaat lalu dilihat berbaring di dalam keranda dengan keadaan mulutnya terbuka.

Dalam video tersebut, Lukau dilihat melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka Elliot.

"Angkat tangan anda, angkat tangan anda," katanya kepada orang ramai yang menyaksikan kejadian itu.

Dia kemudiannya meletakkan tangan di atas Elliot dan cuba untuk menghidupkannya semula.

Elliot dilihat bangkit dan duduk di dalam kerandanya dengan keadaan mulutnya terbuka yang turut mendapat sorakan orang ramai yang berada di sekitar.

Menerusi akaun Twitter paderi itu, dia mengesahkan kononnya lelaki itu telah hidup kembali walaupun ada pihak yang ragu-ragu dengan 'kematian' Elliot.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, kejadian tersebut telah dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut. - Asia News Network