Sepasang kekasih diberkas disyaki edar dadah

Antara barangan dirampas dalam serbuan sejak 1 Ogos lalu.
Antara barangan dirampas dalam serbuan sejak 1 Ogos lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Sepasang kekasih antara empat individu disyaki terlibat aktiviti pengedaran dadah ditahan dalam operasi berasingan sejak 1 Ogos hingga Ahad.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pasangan kekasih berusia 26 dan 28 tahun itu ditahan di parkir hadapan sebuah restoran di Setia Alam di sini pada jam 7.20 malam Jumaat.

"Kita menahan pasangan itu ketika mereka berada di dalam sebuah kereta jenis Perodua Axia.

"Kita merampas 20 peket plastik yang disyaki mengandungi dadah syabu (67.70 gram) dengan anggaran nilai rampasan RM6,770," katanya melalui kenyataan pada Selasa.

Baharudin berkata, hasil semakan mendapati pasangan itu mempunyai rekod lampu berkaitan kes dadah.

"Ujian saringan awal air kencing mendapati hanya suspek lelaki positif dadah jenis methamphetamine," katanya.

Beliau berkata, turut disita wang tunai sebanyak RM12,050, dua utas rantai leher bersama loket berbentuk jongkong emas, dua utas gelang tangan, empat keping wafer 999 (5 gram) dan dua wafer 999 (10 gram).

Artikel Berkaitan:

"Hasil soal siasat, kita menjalankan pemeriksaan lanjut di rumah sewa suspek pada Sabtu.

Antara barangan dirampas dalam serbuan sejak 1 Ogos lalu.
Antara barangan dirampas dalam serbuan sejak 1 Ogos lalu.

"Kita merampas empat peket plastik dadah syabu (145 gram), satu peket plastik berisi bahan tumbuhan disyaki ganja, empat biji pil erimin 5 dan satu alat penimbang digital dengan nilai rampasan RM10,130," katanya.

Menurutnya, suspek disyaki menjalankan kegiatan pengedaran dadah sejak dua tahun lalu di sekitar Shah Alam.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 12 (2) dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Dalam kes berasingan, Baharudin memaklumkan pihaknya memberkas seorang lelaki berusia 35 tahun di sebuah rumah di Seksyen 19 di sini pada jam 6 petang, 2 Ogos.

Plastik berisi cecair disyaki air ketum antara yang dirampas.
Plastik berisi cecair disyaki air ketum antara yang dirampas.

"Kita telah merampas 15 bungkus plastik yang disyaki mengandungi pil yaba, 12 tong plastik berisi cecair coklat disyaki kodein, dua kotak berisi 200 botol disyaki mengandungi kodein, 21 beg plastik berisi daun ketum, 21 plastik disyaki air ketum dan alat memproses air ketum," katanya.

Beliau berkata, anggaran nilai rampasan dadah adalah sebanyak RM26,688.

"Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine," katanya.

Dalam serbuan berasingan, Baharudin memaklumkan seorang lelaki berusia 26 tahun telah ditahan pada jam 12 tengah hari pada 6 Ogos.

"Kita telah menahan suspek yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC. Hasil pemeriksaan, kita merampas lapan peket dadah disyaki heroin (11.34 gram) dengan nilai rampasan RM480," katanya.