X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 18 Mei 2022

Sidang DUN Kelantan diteruskan, ADUN perlu jalani ujian calitan

Persidangan DUN Kelantan yang dijadualkan pada 23 hingga 25 Ogos ini tetap akan diteruskan walaupun kerajaan di peringkat Pusat berubah pentadbir. Gambar kecil: Abdullah
A
A

KOTA BHARU - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang dijadualkan pada 23 hingga 25 Ogos ini tetap akan diteruskan walaupun kerajaan di peringkat Pusat berubah pentadbir.

Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya'kub berkata, kedudukan negeri tidak terjejas dan perancangan untuk melaksanakan persidangan tersebut tetap diteruskan sebagaimana yang dirancang.

Menurut beliau, persidangan berkenaan akan dilaksanakan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi memastikan kawalan penularan Covid-19 dapat dijalankan sebaik mungkin.

"Kita juga minta kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menjalani ujian saringan Covid-19 bagi memastikan tiada siapa antara mereka yang terlibat dalam Sidang DUN itu nanti 'membawa' jangkitan.

"Mereka yang berisiko juga tidak dibenarkan berada di dalam dewan bagi mengelak sebarang kemungkinan risiko berlaku jangkitan," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Selasa.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan persidangan DUN Kelantan akan dilangsungkan selama tiga hari secara bersemuka di Kompleks Kota Darulnaim, di sini.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!