Kontraktor lebuh raya disyaki curi air

Operasi dijalankan Bahagian Penguatkuasaan SPAN Ibu Pejabat bersama pihak Pengurusan Air Selangor, pada malam Isnin.
Operasi dijalankan Bahagian Penguatkuasaan SPAN Ibu Pejabat bersama pihak Pengurusan Air Selangor, pada malam Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Kontraktor lebuh raya di Ampang Jaya, Ampang dikesan melakukan penyambungan air secara haram bagi menjalankan projek pembinaan pada malam Isnin.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam kenyataannya berkata, tindakan itu menyebabkan 60 akaun pengguna mengalami gangguan air secara tidak berjadual.

Menurut SPAN, operasi dijalankan Bahagian Penguatkuasaan SPAN Ibu Pejabat bersama pihak Pengurusan Air Selangor sejurus selepas mendapat aduan daripada pengguna.

"Hasil ujian klorin yang dibuat mengesahkan bahawa bekalan air terawat yang diterima adalah daripada sumber bekalan air milik Air Selangor," kata kenyataan itu pada Selasa.

Mengulas lanjut, SPAN berkata, kes di siasat di bawah peruntukan Seksyen 125 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) di mana jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

"Notis pemberitahuan kesalahan telah dikeluarkan kepada kontraktor terlibat dan pada masa sama pihak operator juga berusaha membaik pulih sistem bekalan air yang terganggu," katanya.

Orang ramai digesa memaklumkan kepada operator air sekiranya terdapat sebarang kegiatan mencurigakan disyaki berkaitan aktiviti mencuri bekalan air bersih termasuk membuat penyambungan secara tidak sah.

Sebarang aduan atau maklumat berkenaan pencemaran para pengguna boleh menghubungi talian 0133885000 atau e-mel ke aduan@span.gov.my.

Artikel Berkaitan: