X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 25 Mei 2022

Covid-19: Hanya 17 petugas kesihatan dijangkiti kategori tiga ke atas

Statistik menunjukkan jumlah dan kategori petugas kesihatan yang dijangkiti Covid-19.
A
A

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan hanya terdapat 17 kes positif Covid-19 membabitkan petugas kesihatan yang telah lengkap dos suntikan berada di kategori tiga hingga lima.

Menurutnya, seramai 248,874 petugas kesihatan telah mendapat vaksin lengkap.

"Hasil saringan berkala Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta saringan bergejala, terkini 7,599 kes dijangkiti Covid-19," katanya dalam hantaran di Facebooknya pada Selasa.

Menerusi data yang disertakan, terdapat 2,447 petugas kesihatan yang dijangkiti berada di kategori satu manakala 5,315 pula kategori dua yang mempunyai gejala ringan.

"Kes kematian kekal kepada dua orang," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!