Bakul makanan, sayur-sayuran untuk penduduk terjejas

Sebanyak 500 set bakul makanan, 400 set sayur-sayuran dan kuih diagihkan kepada penduduk sekitar Kota Bharu.
Sebanyak 500 set bakul makanan, 400 set sayur-sayuran dan kuih diagihkan kepada penduduk sekitar Kota Bharu.
A
A
A

KOTA BHARU - Penduduk terjejas Covid-19 di sekitar daerah ini menerima 500 set bakul makanan dan 400 set sayur-sayuran yang diagihkan oleh Team Azyma Care Kota Bharu pada Selasa lalu.

Agihan oleh badan bukan kerajaan (NGO) berkenaan dilakukan dengan kerjasama Pejabat Penggawa Daerah Kota Bharu.

Pengurus NGO Team Azyma Care Kota Bharu, Umar Andy Kamaruddin berkata, seramai 1,700 menerima Set Bakul Makanan Gerobok Rezeki bermula 30 Jun lalu.

“Kemuncak bersempena dengan sambutan awal Muharam sebanyak 500 set bakul makanan, 400 set sayur-sayuran dan kuih diagihkan kepada penduduk di sekitar Kota Bharu,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian pada Isnin.

Beliau berkata, sumbangan barangan makanan diperoleh daripada Persatuan Keluarga Syeikh Nik Mat Kechik, Persatuan Keluarga Hasyim dan Salbiah serta sumbangan individu dan syarikat Azyma Care Kota Bharu sendiri.

Sumbangan sayur-sayuran yang akan diagihkan kepada penduduk terjejas Covid-19.
Sumbangan sayur-sayuran yang akan diagihkan kepada penduduk terjejas Covid-19.

“Pihak Pejabat Penggawa Daerah Kota Bharu pula banyak membantu menyediakan tempat serta kemudahan logistik selain menguruskan senarai penerima yang layak dari sekitar Kota Bharu.

“Agihan dilakukan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sangat ketat,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, program kali ini juga turut melibatkan ramai anak muda tempatan yang tampil membantu proses penyediakan serta mengagihkan bakul makanan.

“Harapan kami sumbangan ini dapat memberi manfaat bagi meringankan beban keluarga yang terjejas teruk pada musim pandemik ini.

“Mudah-mudahan mereka sentiasa bersemangat untuk mengharungi cabaran hidup dalam suasana pandemik Covid 19 ini,” katanya.